Friends

SALAM SILATURRAHIM

Assalammualaikum wbt,

" Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang. Rahmatilah keatas penghulu kami Muhammad dengan bilangan rahmat sebagaimana dalam ilmu Allah, rahmat yg berkekalan dengan kekalnya kerajaan Allah."

Pencak Pukulan Tiga Belas. Gabungan dua beladiri yang tiada mempunyai nama pada awalnya. Namun wujud gurunya dan permulaannya. " Silat ini tiadalah bernama, tidak pernah juga aku letak akan namanya.. letakkanlah angka 9 akan namanya..." Maka sembilan itulah salah satu dari duanya, sebelum 13 menjadi namanya. Kerana yang satu itu lagi hanyalah empat akan tapaknya. Buat mendirikan batang tubuh yang belum tahu akan untung nasibnya. Pesan Pak Tua semasa berkelana di Kota Tinggi. Telah pun arwah guruku yang satu ini, tujuh hari sebelum arwah menghela nafasnya yang terakhir, sempat mengajarkan aku akan empat tapak yg diamalkan dan dipeliharanya. Amatlah mudah, ringkas dan berkesan dipelbagai keadaan. Lalu diilhamkan gelarannya permainan ini, Penchak Pukulan 13. 9+4=13. Jurusannya didirikan pada dasar lima tangan, empat kaki & empat tapak. Mudah-mudahan usaha mengembangkan Penchak ini membuahkan hasil dalam memartabatkan Silat pada Bangsanya. Memupuk semangat pada anak bangsa dan pewaris seterusnya tentang betapa pentingnya perjuangan sebuah bangsa, betapa pentingnya Silat dalam memartabatkan Agama dan Bangsa. InsyaAllah, mudah-mudahan lantaran usaha yang berdikit-dikit ini, mendapat berkat dan sinaran Rahmat dari Allah swt.

>> MAKA, APAKAH BEKALAN SERTA SAKI BAKI PENGETAHUAN YANG ANDA TINGGALKAN UNTUK GENERASI AKAN DATANG??

ALBUM PROGRAM

KURSUS INTENSIF : PENCHAK PUKULAN 13

“ Menepis patah, memukul pecah... “

BERTEMPAT : HUTAN REKREASI SUNGAI CONGKAK, HULU LANGAT.
BERTARIKH : 14 – 15hb Mei 2011

::: PENCHAK PUKULAN 13 :::

::: Kosong :::

::: Ketibaan peserta dari serata tempat :::


" Dulang berbunga berdaun pisang, beralas makan didalam dulang, 
indah sungguh budaya ambang, rezeki dikongsi tanda permuafakatan... "

" Malam latihan Pukulan 13 "

" Serikandi Tiga Serangkai "


 " Sepakat membawa berkat "


 " Latihan diwaktu pagi, Permainan Tapak 4 "





 " Risalah Bangsa "

 " Konvoi peserta ke tapak Program "


 " Ikan dilaut, asam didarat... "

 " Peserta Serikandi "

 " Taklimat awal... "

 " Tidur dimata... "


 " Dalam sinar, ada jelaganya... "


 " 6 Jahanam "




 " Konvoi peserta ke tapak Program "

 " Sesi pendaftaran "

 " Barisan hadapan, kunjungan tetamu jemputan dari sahabat Silat & Perjuangan "

 " Memasang telinga mendengar Risalah Bangsa "



Alhamdulillah... syukur kehadrat Allah diatas limpah rahmat dan kurnianya... kita bertemu didalam majlis yg serba sederhana ini. Silaturrahim dan perkongsian ilmu yang mudah-mudahan memberi manfaat dan kebaikan bersama. Semoga perjuangan ini, tidak terhenti disini. Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk itu dari kita sendiri.

Kalau ada sumur di ladang, bolehlah hamba menumpang mandi... Kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita berjumpa lagi.

Risalah Warisan Bangsa...

Dari satu gelanggang ke satu gelanggang,
Dari rantau ke serata rantau,
Membentuk jatidiri melalui persilatan,
Menjadi bekalan ketika di perantauan...

Anak dagang menggalas bekalan,
Bukanlah makanan menjadi bekalan,
Eloklah bahasa eloklah badan,
Pekerti dijaga silaturrahim berpanjangan...