Friends

SALAM SILATURRAHIM

Assalammualaikum wbt,

" Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang. Rahmatilah keatas penghulu kami Muhammad dengan bilangan rahmat sebagaimana dalam ilmu Allah, rahmat yg berkekalan dengan kekalnya kerajaan Allah."

Pencak Pukulan Tiga Belas. Gabungan dua beladiri yang tiada mempunyai nama pada awalnya. Namun wujud gurunya dan permulaannya. " Silat ini tiadalah bernama, tidak pernah juga aku letak akan namanya.. letakkanlah angka 9 akan namanya..." Maka sembilan itulah salah satu dari duanya, sebelum 13 menjadi namanya. Kerana yang satu itu lagi hanyalah empat akan tapaknya. Buat mendirikan batang tubuh yang belum tahu akan untung nasibnya. Pesan Pak Tua semasa berkelana di Kota Tinggi. Telah pun arwah guruku yang satu ini, tujuh hari sebelum arwah menghela nafasnya yang terakhir, sempat mengajarkan aku akan empat tapak yg diamalkan dan dipeliharanya. Amatlah mudah, ringkas dan berkesan dipelbagai keadaan. Lalu diilhamkan gelarannya permainan ini, Penchak Pukulan 13. 9+4=13. Jurusannya didirikan pada dasar lima tangan, empat kaki & empat tapak. Mudah-mudahan usaha mengembangkan Penchak ini membuahkan hasil dalam memartabatkan Silat pada Bangsanya. Memupuk semangat pada anak bangsa dan pewaris seterusnya tentang betapa pentingnya perjuangan sebuah bangsa, betapa pentingnya Silat dalam memartabatkan Agama dan Bangsa. InsyaAllah, mudah-mudahan lantaran usaha yang berdikit-dikit ini, mendapat berkat dan sinaran Rahmat dari Allah swt.

>> MAKA, APAKAH BEKALAN SERTA SAKI BAKI PENGETAHUAN YANG ANDA TINGGALKAN UNTUK GENERASI AKAN DATANG??

Lemak Babi Didalam Makanan Anak-anak Kita



MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT 


1 E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 482 
2 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483 
3 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491 
4 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492 
5 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493 
6 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494 
7 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495 
8 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542 
9 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570 
10 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572 
11 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631 
12 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635 
13 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904 
14 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920 
15 E 270 30 E 433 45 E 481

*** Anda boleh perhatikan kod-kod ini yang terdapat didalam ramuan sesuatu makanan ringan. 



Racun yang diberikan kepada umat Islam melalui makanan oleh musuh-musuh Islam. Tidak hairanlah ramai anak-anak muda yang tidak hormatkan orang tua, jahat, degil, gemar melakukan maksiat dan sebagainya. Bagaimanakah hendak di pupuk cintakan Islam sekiranya sedari kecil telah disuapkan makanan yang kotor, jijik, haram lalu menjadi darah daging.

Inilah ujian buat kita semua setelah zaman semakin canggih. Ini hanyalah secebis, banyak lagi yang perlu kita tangani diluar sana.

Mudah-mudahan ingatan ini dipanjangkan kepada orang ramai. Cukuplah dengan membuatkan salinan kepada anak-anak, saudara, jiran agar mereka beringat sebelum membeli sesuatu barangan di luar sana. InsyaAllah, banyak manfaatnya kepada kita semua sekiranya kita berjaya menghalang penularan racun rohani ini.

Risalah Warisan Bangsa...

Dari satu gelanggang ke satu gelanggang,
Dari rantau ke serata rantau,
Membentuk jatidiri melalui persilatan,
Menjadi bekalan ketika di perantauan...

Anak dagang menggalas bekalan,
Bukanlah makanan menjadi bekalan,
Eloklah bahasa eloklah badan,
Pekerti dijaga silaturrahim berpanjangan...