Friends

SALAM SILATURRAHIM

Assalammualaikum wbt,

" Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang. Rahmatilah keatas penghulu kami Muhammad dengan bilangan rahmat sebagaimana dalam ilmu Allah, rahmat yg berkekalan dengan kekalnya kerajaan Allah."

Pencak Pukulan Tiga Belas. Gabungan dua beladiri yang tiada mempunyai nama pada awalnya. Namun wujud gurunya dan permulaannya. " Silat ini tiadalah bernama, tidak pernah juga aku letak akan namanya.. letakkanlah angka 9 akan namanya..." Maka sembilan itulah salah satu dari duanya, sebelum 13 menjadi namanya. Kerana yang satu itu lagi hanyalah empat akan tapaknya. Buat mendirikan batang tubuh yang belum tahu akan untung nasibnya. Pesan Pak Tua semasa berkelana di Kota Tinggi. Telah pun arwah guruku yang satu ini, tujuh hari sebelum arwah menghela nafasnya yang terakhir, sempat mengajarkan aku akan empat tapak yg diamalkan dan dipeliharanya. Amatlah mudah, ringkas dan berkesan dipelbagai keadaan. Lalu diilhamkan gelarannya permainan ini, Penchak Pukulan 13. 9+4=13. Jurusannya didirikan pada dasar lima tangan, empat kaki & empat tapak. Mudah-mudahan usaha mengembangkan Penchak ini membuahkan hasil dalam memartabatkan Silat pada Bangsanya. Memupuk semangat pada anak bangsa dan pewaris seterusnya tentang betapa pentingnya perjuangan sebuah bangsa, betapa pentingnya Silat dalam memartabatkan Agama dan Bangsa. InsyaAllah, mudah-mudahan lantaran usaha yang berdikit-dikit ini, mendapat berkat dan sinaran Rahmat dari Allah swt.

>> MAKA, APAKAH BEKALAN SERTA SAKI BAKI PENGETAHUAN YANG ANDA TINGGALKAN UNTUK GENERASI AKAN DATANG??

PROGRAM 14/15 MEI 2011


Asslammualaikum wbt, dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan salam keatas Junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. Syukur kehadrat Allah SWT diatas limpah rahmat dan kurniaNya dan izin dariNya jua, Program Sulung Penchak Pukulan 13 telahpun selesai dan berjaya, diatas sokongan padu dan kerjasama yg dinyatakan oleh Tunjang utama, para urusetia yg tidak mengenal erti penat didalam memartabatkan Silat dan rahsia Bangsa Melayu. Tidak lupa juga kepada hadirin yg sudi bertamu didalam Majlis kami yg sederhana ini. Tanpa penyatuan, dan kesediaan didalam mengharunngi kesusahan dan kepahitan utk menyampaikan risalah rahsia ini, ianya tidak mungkin dapat dilakukan.

Tahniah diucapkan kepada para peserta program yg telah berjaya menghabiskan kursus intensif PP13 dengan penuh sabar dan kerendahan hati juga diri. Seperti yg kami katakan, berdirinya kami dihadapan kalian, bukanlah diatas berdirinya seorang guru. Kami adalah rakan juang kalian. Yang sama-sama berjuang didalam memartabatkan Silat dan keilmuan Melayu. Mudah-mudahan apa yang diperoleh oleh tuan/puan dapatlah dipanjang-panjangkan dan digunakan utk kebaikan demi keamanan dan tanggungjawab kepada Agama, Bangsa & Negara. InsyaAllah, 

" Kalau ada sumur diladang, bolehlah kita menumpang mandi.. kalau ada umur yang panjang, bolehlah kita bertemu kembali. "

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada urusetia yang terlibat didalam menjayakan Majlis yg sederhana ini, namun cukup bermakna buat kita semua.

Risalah Warisan Bangsa...

Dari satu gelanggang ke satu gelanggang,
Dari rantau ke serata rantau,
Membentuk jatidiri melalui persilatan,
Menjadi bekalan ketika di perantauan...

Anak dagang menggalas bekalan,
Bukanlah makanan menjadi bekalan,
Eloklah bahasa eloklah badan,
Pekerti dijaga silaturrahim berpanjangan...