Friends

SALAM SILATURRAHIM

Assalammualaikum wbt,

" Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang. Rahmatilah keatas penghulu kami Muhammad dengan bilangan rahmat sebagaimana dalam ilmu Allah, rahmat yg berkekalan dengan kekalnya kerajaan Allah."

Pencak Pukulan Tiga Belas. Gabungan dua beladiri yang tiada mempunyai nama pada awalnya. Namun wujud gurunya dan permulaannya. " Silat ini tiadalah bernama, tidak pernah juga aku letak akan namanya.. letakkanlah angka 9 akan namanya..." Maka sembilan itulah salah satu dari duanya, sebelum 13 menjadi namanya. Kerana yang satu itu lagi hanyalah empat akan tapaknya. Buat mendirikan batang tubuh yang belum tahu akan untung nasibnya. Pesan Pak Tua semasa berkelana di Kota Tinggi. Telah pun arwah guruku yang satu ini, tujuh hari sebelum arwah menghela nafasnya yang terakhir, sempat mengajarkan aku akan empat tapak yg diamalkan dan dipeliharanya. Amatlah mudah, ringkas dan berkesan dipelbagai keadaan. Lalu diilhamkan gelarannya permainan ini, Penchak Pukulan 13. 9+4=13. Jurusannya didirikan pada dasar lima tangan, empat kaki & empat tapak. Mudah-mudahan usaha mengembangkan Penchak ini membuahkan hasil dalam memartabatkan Silat pada Bangsanya. Memupuk semangat pada anak bangsa dan pewaris seterusnya tentang betapa pentingnya perjuangan sebuah bangsa, betapa pentingnya Silat dalam memartabatkan Agama dan Bangsa. InsyaAllah, mudah-mudahan lantaran usaha yang berdikit-dikit ini, mendapat berkat dan sinaran Rahmat dari Allah swt.

>> MAKA, APAKAH BEKALAN SERTA SAKI BAKI PENGETAHUAN YANG ANDA TINGGALKAN UNTUK GENERASI AKAN DATANG??

PENGARUH WATAK SUPERHERO AMERICA


Sedarkah anda tentang racun saraf yang telah lama menular didalam diri kita seterusnya kepada anak-anak kita. Betapa besarnya, hebatnya pengaruh watak-watak superhero ciptaan barat. Daripada dunia perfileman tanpa warna, hinggalah sekarang dimana televisyen yang nipis-nipis.

Sejak kecil kita telah dimomok-momokkan bahawa bangsa penjajah ini adalah bangsa yang hebat, penyelamat dunia, idola penduduk bumi dan pelbagai lagi pengaruh-pengaruh yang bahaya kedalam diri seseorang. Hinggakan kita berasa rendah diri apabila mendengar dan berhadapan dengan masyarakat barat. Bahawasanya kita ini lemah, tiada ilmu dan tidak setanding dengan bangsa yang sememangnya memusuhi Islam sejak dahulu lagi.


Cuba anda lihat pula Star Wars. Kehidupan manusia diatas langit. Bebas melakukan apa sahaja, meneroka, peperangan langit dan sebagainya. Anak-anak kecil dimomokkan dengan bayangan ada manusia yang tinggal diatas bulan, planet, langit dan sebagainya. Dan sudah tentu hanya satu bangsa yang kononnya hebat ini. Mereka memiliki kapal-kapal angkasa perang yang canggih dan berkemampuan untuk menyerang planet bumi. Sesekali cubalah anda tanyakan pada diri anda. Apakah cerita-cerita sebegini diadakan hanya sebagai hiburan semata? Apakah agenda tersembunyi musuh Islam ini?


Incredible Hulk... Ketika kecil, pernah juga terfikir. Malaysia hanya ada askar yang kecil-kecil tubuhnya. tetapi America memiliki banyak Superhero yang memiliki pelbagai kuasa-kuasa hebat yang tiada pada manusia biasa. Boleh meremukkan dan melempar kereta kebal hanya sebelah tangan sahaja. Mereka ada James Bond, G.I Joe, Universal Soldier, Men In Black dan pelbagai lagi manusia-manusia hebat yang ada di america. Apalah yang ada di Malaysia. Dalam diam kita telah dididik utk memandang tinggi, malu untuk berdepan dengan bangsa Yahudi yang dilaknat ini. Seterusnya, pasti ada diantara kita yang berfikir, jika hendak menjadi hebat perlulah belajar dari orang putih. Mereka hebat dari pelbagai bidang.




Steve Irwin si pemburu buaya. Buaya-buaya seluruh dunia amat gerun dan gentar sekiranya terlihat manusia hebat ini. Jika kita lihat pelbagai dokumentari yang mana adanya orang putih, pasti mereka ini boleh memegang pelbagai jenis binatang liar. Tidur bersama binatang liar. Benarkah begitu? itu tidak penting, mereka mempunyai pelbagai sebab dan cara untuk berbuat begitu. 

Yang penting dan harus kita fikirkan ialah, merujuk kepada kehebatan-kehebatan orang putih, terdetik atau tidak dihati kita semua bahawa mereka ini hebat-hebat dan berkuasa diatas keinginan mereka. Terdetik atau tidak dihati kita bahawa bangsa lain terutamanya bangsa kita sendiri, tidak setanding dengan mereka? Hina jika hendak dibandingkan dengan kehebatan mereka.


Sedikit buah fikiran untuk kita hurai dan kongsikan bersama...

Risalah Warisan Bangsa...

Dari satu gelanggang ke satu gelanggang,
Dari rantau ke serata rantau,
Membentuk jatidiri melalui persilatan,
Menjadi bekalan ketika di perantauan...

Anak dagang menggalas bekalan,
Bukanlah makanan menjadi bekalan,
Eloklah bahasa eloklah badan,
Pekerti dijaga silaturrahim berpanjangan...