Friends

Silaturrahim..

Jalinan ukhwah dipupuk dalam membentuk kesatuan Melayu sejagat.

SALAM SILATURRAHIM

Assalammualaikum wbt,

" Dengan nama Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang. Rahmatilah keatas penghulu kami Muhammad dengan bilangan rahmat sebagaimana dalam ilmu Allah, rahmat yg berkekalan dengan kekalnya kerajaan Allah."

Pencak Pukulan Tiga Belas. Gabungan dua beladiri yang tiada mempunyai nama pada awalnya. Namun wujud gurunya dan permulaannya. " Silat ini tiadalah bernama, tidak pernah juga aku letak akan namanya.. letakkanlah angka 9 akan namanya..." Maka sembilan itulah salah satu dari duanya, sebelum 13 menjadi namanya. Kerana yang satu itu lagi hanyalah empat akan tapaknya. Buat mendirikan batang tubuh yang belum tahu akan untung nasibnya. Pesan Pak Tua semasa berkelana di Kota Tinggi. Telah pun arwah guruku yang satu ini, tujuh hari sebelum arwah menghela nafasnya yang terakhir, sempat mengajarkan aku akan empat tapak yg diamalkan dan dipeliharanya. Amatlah mudah, ringkas dan berkesan dipelbagai keadaan. Lalu diilhamkan gelarannya permainan ini, Penchak Pukulan 13. 9+4=13. Jurusannya didirikan pada dasar lima tangan, empat kaki & empat tapak. Mudah-mudahan usaha mengembangkan Penchak ini membuahkan hasil dalam memartabatkan Silat pada Bangsanya. Memupuk semangat pada anak bangsa dan pewaris seterusnya tentang betapa pentingnya perjuangan sebuah bangsa, betapa pentingnya Silat dalam memartabatkan Agama dan Bangsa. InsyaAllah, mudah-mudahan lantaran usaha yang berdikit-dikit ini, mendapat berkat dan sinaran Rahmat dari Allah swt.

>> MAKA, APAKAH BEKALAN SERTA SAKI BAKI PENGETAHUAN YANG ANDA TINGGALKAN UNTUK GENERASI AKAN DATANG??

PENGAMBILAN AHLI BAHARU SEPTEMBER 2012

" MENEPIS PATAH, MEMUKUL PECAH " TARIKH : 29 & 30hb September 2012 (Sabtu & Ahad) LOKASI : Ladang Alam Warisan, Jalan Masjid, Kampung Tengah, Tanjung Ipoh, Seri Menanti, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan YURAN : RM130.00 (Termasuk makan minum & tempat berteduh) ILMU YANG DIPERTURUNKAN : - 13 Jurus Pukulan - Tapak Lam Alif, Tapak Jalak Sabung, Tapak 4 Penjuru Kaabah, Tapak Bulan Mengejar Awan - 3 Ambil-ambil Buah - Petua Hadap Senjata - Petua Berlawan - Sifir Tubuh - Amalan Perisai Diri - Ilmu Penggerun & Pembisa Pukul (yang berhajat) - Kelas Melayu (Kerahsiaan & Kebatinan Melayu) - Mandi Limau Pembuka Ilmu & Khatam...

KURSUS PENCHAK PUKULAN 13

" MENEPIS PATAH, MEMUKUL PECAH " TARIKH : 12 & 13 Mei 2012 (Sabtu & Ahad) LOKASI : Pangsun, Hulu Langat, Selangor YURAN  : RM130.00 (Termasuk makanan & tempat berteduh) ILMU YANG DITURUNKAN : - Penchak Pukulan 13 - Tapak Lam Alif, Tapak Jalak Sabung, Tapak 4 Penjuru Kaabah, Tapak Bulan Mengejar Awan - 3 Ambil-ambil Buah - Petua Hadap Senjata - Petua Berlawan - Sifir Tubuh - Ilmu Perisai Diri - Ilmu Penggerun & Pembisa Pukul (yang berhajat) - Kelas Melayu (Kerahsiaan & Kebatinan Melayu) - Mandi Limau Pembuka Ilmu & Khatam Jurus Pukulan. SILA BAWA BERSAMA : - Sejadah - Baju T shirt / Pagoda Putih - Seluar Hitam -...

KUNJUNGAN UKHWAH PP13 & AYAHANDA BABAHDEN

Kunjungan ukhwah PP13 yang diwakili oleh Rakan Juang kami ( Saudagar Tekua & Saudara Sufi aka Pak Munawer ) di Surau Ayahanda Babahden Melaka. Pada 21hb Januari 2012. Semoga dengan tali SILATurRAHIM yang terjalin diantara dua jemaah yang turut sama memperjuangkan Agama & Bangsa kekal terjalin. InsyaAll...

SEBELUM TANAHNYA DIGELAR MELAKA

Alkisah telah diceritakan kepada sekalian rakyat jelata, adapun Wau Bulan itu telah disampai-sampai datangnya lahir sebagai lambang penyatuan kembali Empayar Srivijaya oleh Dewa Muda. Adapun setelah kemangkatan nendanya yang mana kepala Empayar Srivijaya iaitu Sri Maharaja Sri Jayanaga, maka empayar ini mulai berpecah diperintah secara berasingan dari negara induk Srivijaya iaitu Medang Bhumi. Diperkurun awal abad ke-8 lahirnya cucu Sri Maharaja Sri Jayanaga yang bernama Jaya Sinha namanya. Maka ada menggelarnya Sanjaya Putera, Inu Dewa Mahisa Kelana Seri Panji, Sri Maharaja Sri Jayanaga dan juga Hyang Kamajaya. Maka banyaklah pula yang menggelarnya...

PANGLIMA HITAM

Dikisahkan serba sedikit tentang Panglima Hitam yang digeruni akan namanya dan siapakah MEREKA... Seringkali diceritakan kepada semua tentang Panglima Hitam yang mana pergerakan silatnya amat pantas dan licik serta mampu menghapuskan musuh dengan sekelip mata sahaja. Ada yang terkeliru mengatakan bahawa Panglima Hitam itu adalah namanya dan hanya ada satu sahaja di Tanah Melayu. Akan tetapi jika tuan hamba beranggapan begitu, ternyata tanggapan tuan hamba tidak tepat kerana Panglima Hitam ini hanyalah GELARAN bagi Pahlawan Di-Raja yang diberikan oleh Sultan kepada hulubalangnya yang terpilih kerana sifat kependekarannya yang hebat dan sifat...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Selawat & Salam keatas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Keluarga Serta Sahabat-sahabat Baginda... Kami seluruh warga Penchak Pukulan 13 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh Umat Islam, Rakan-rakan Juang, Seluruh Warga & Perguruan Silat serta Pengamal dan Pencinta Seni Silat Melayu. Semoga dengan kehadiran Aidilfitri ini dapatlah kita merapatkan segala jurang yang terbentang serta mengukuhkan lagi ikatan silaturrahim yang terjalin dalam menyambut lebaran ini dengan penuh kesyukuran dan harmoni. Dikesempatan yang ada semoga dapatlah...

PENGARUH WATAK SUPERHERO AMERICA

Sedarkah anda tentang racun saraf yang telah lama menular didalam diri kita seterusnya kepada anak-anak kita. Betapa besarnya, hebatnya pengaruh watak-watak superhero ciptaan barat. Daripada dunia perfileman tanpa warna, hinggalah sekarang dimana televisyen yang nipis-nipis. Sejak kecil kita telah dimomok-momokkan bahawa bangsa penjajah ini adalah bangsa yang hebat, penyelamat dunia, idola penduduk bumi dan pelbagai lagi pengaruh-pengaruh yang bahaya kedalam diri seseorang. Hinggakan kita berasa rendah diri apabila mendengar dan berhadapan dengan masyarakat barat. Bahawasanya kita ini lemah, tiada ilmu dan tidak setanding dengan bangsa yang...

BAND DEWA 19 DAN KONSPIRASI DAJJAL

Dewa 19 bukan hanya popular di negara mereka sendiri. Malah di negara kita juga tidak terkecuali yang terpengaruh secara tidak langsung oleh genre muzik yang dibawa mereka serta cara berpakaian mereka yang menjadi trend dan inspirasi golongan muda serta band-band tempatan. Apakah rahsia disebalik nama Dewa 19 ini? Saksikan lebih banyak lagi kupasan demi kupasan oleh Karkoons Films. Apakah semua ini kebetulan atau perkara yang remeh temeh? Terserah kepada penilaian anda. Selamat menont...

KESAN BERZIKIR KE ATAS OTAK ANDA

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.. Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di...

SARANG LABAH-LABAH

Tahukah anda, bahawa peranan yang dimainkan oleh labah-labah tersebut telah menarik perhatian para saintis Barat. Di ketika masyarakat Islam di Malaysia masih lagi saban tahun bercerita tentang kisah labah-labah sebagai penyelamat, para saintis Barat telah membuat kajian terperinci tentang labah-labah.Antara hasil dapatan yang diperolehi ialah air liur labah-labah merupakan suatu elemen yang sangat kuat dalam melindungi sesuatu benda. Setelah dibuat perbandingan didapati bahawa baju daripada air liur labah-labah didapati lebih kuat daripada baju yang dibuat daripada besi keluli. Ini kerana baju yang dibuat daripada air liur labah-labah adalah...

Pages 41234 »

Risalah Warisan Bangsa...

Dari satu gelanggang ke satu gelanggang,
Dari rantau ke serata rantau,
Membentuk jatidiri melalui persilatan,
Menjadi bekalan ketika di perantauan...

Anak dagang menggalas bekalan,
Bukanlah makanan menjadi bekalan,
Eloklah bahasa eloklah badan,
Pekerti dijaga silaturrahim berpanjangan...